CAKNAKAN HIDUP

Puisi-puisi di dalam 'Caknakan Hidup' ini adalah hak milik peribadi penulis. Sebarang pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cetakan kembali hanya boleh dilakukan atas keizinan penulis. Semoga hak-hak ini dihormati bersama
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, June 6, 2009

Merawat Sebuah Rasa


Dalam pada ini.....
Dia terasa rasa yang semakin menjauh
Lalu bertanya kenapa dan mengapa
Berpeluh menanti jawaban yang tidak akan diluah
dan terus bertanya
Walau dia tahu ia masih serupa dan sama.....


Dalam pada ini.....
Dia melihat dalam tangga kasih
Di mana kedudukan diri.....dalam zahir atau belas
Tidak dia biarkan hidup dalam ihsan cinta
Kerana dia tidak mahu dibelas
Hanya mencari nilai ikhlas.....


Dalam pada ini.....
Dia diuji oleh derita jasad
Tidak dipeduli kerana jiwa termenung
Membeza lisan si lidah
Itu juga janji dan dibiar ia beringat
Selagi bertaut.....


Dalam pada ini.....
Tidak dia kenal erti penat oleh yang berkata
Jangan dikata kalau tidak dikota
Jasad dipujuk roh untuk sama berduka
Mengah juga menahan hilang rasa.....


Dalam pada ini...
Dia melihat suatu sandiwara
Tali ditarik dan menarik
Ludah keluar terus dijilat
Hidup tidak berprinsip
Lalu perut turut ketawa.....


Dalam pada ini...
Dia perlu pasrah dan redha
Dia perlu tabah dan kuat
Jangan ia berubah
Jangan rasa itu pergi
Jangan diri penat
Jangan dia terluka


Dalam pada ini...
Dia biar mata terus melihat
Dia biar telinga terus mendengar
Dia biar bibir terus berjanji dan berkata
Dia biar diri menjadi hamba diri
Kerana dia dalam bahagia.....


Dalam pada ini...
Dia memohon keredhaan Illahi
Dia bermunajat sendiri
Atas tingkah dan pekerti
Mengharap sebuah kehidupan yang dirahmati.....

Wanhidayat, Miri
3 Mac 2008

Kehidupan Yang DiRentas Mata Sejarah

Puisi ini pernah dipemerkan di SINI

Kehidupan Yang DiRentas Mata Sejarah

Dia pernah menjamah lara
Dia pernah memakan duka
Dari sebuah kehidupan indah
Bertahun diterjah derita 
Itu yang tertulis.....

Mata dia menyaksi pekik yang menyusukan
Telinga dia mendengar tangisan yang melahirkan
Ditayang sandiwara bisu si ketua
Beristighfar...salah, ianya bukan sandiwara
Itu yang tertulis....

Saban hari dihadiah herdik
Selang siang dijamu caci
Malamnya dijerit maki
Sekelian ditidur sumpah seranah
Kelambunya air mata dan doa
Itu yang tertulis.....

Hati mula keras
Menjemput dendam membesar bersama
Biar kesumat itu terbalas
Bukan iblis berbisik
Hati yakin penuh masih berTuhan
Masih beriman
Sejarah yang direntas
Itu yang tertulis.....

Dari mata sejarah itu
Dia merentasi hari depan
Di ajar lafaz dan hafaz al-Quran
Dididik rukuk dan sujud
Dalam ombak itu
Dia berenang dan menyelam
Terkadang lemas cuma tidak ke dasar
Kerana sering timbul untuk berjuang
Itu yang tertulis....

Mata sejarah juga yang memujuk
Walau hati masih keras
Prinsip menuju dewasa
Akal semakin matang
Menzahir dalam citra bahasa metafora
anarkis, simbolik dan emosi utopia
Itu juga yang tertulis.....

Setelah berbelasan....
Dia faham akan kehidupan
Tidak segalanya
Kerana hati dan akal tiap masa bekerja
Untuk tahu itu dan ini
Itu yang tertulis....

Inilah dia....
Mata sejarah itu bukan retorik
Itu yang mendidik
Itu yang mencorak
Itulah yang mewarna
Menjadi dia seperti dia
Itulah yang tertulis.....

Wanhidayat, Miri
10 Disember 2007

Antara Harapan dan Secebis Kasih Sayang


Jika hari ini aku tewas dalam sejarah semalam
Aku bangkit demi cita-cita mendatang
Zuhud jua ku junjung demi taqwa
Zikir jua ku alunkan demi iman....

Berkali aku rebah dalam sebuah harapan

Munajat jua ku jadikan teman
Sujud jua ku jadikan pembaringan
Dalam sendu aku himpun kekuatan....

Tersedar aku dari lamunan
Kosong bagai terdampar ke suatu dimensi
Mencari sinar dalam kegelapan
Walau pernah sekali aku merasakannya....
Ia lenyap dalam hanyut nafsu
Merajuk kerana jumud akal
Derita kerana tiada sedar....

Wanhidayat, Miri
27 Jun 2007