Jika hari ini aku tewas dalam sejarah semalam
Aku bangkit demi cita-cita mendatang
Zuhud jua ku junjung demi taqwa
Zikir jua ku alunkan demi iman....
Berkali aku rebah dalam sebuah harapan
Dalam sendu aku himpun kekuatan....
Tersedar aku dari lamunan
Kosong bagai terdampar ke suatu dimensi
Mencari sinar dalam kegelapan
Walau pernah sekali aku merasakannya....
Ia lenyap dalam hanyut nafsu
Merajuk kerana jumud akal
Derita kerana tiada sedar....
Aku bangkit demi cita-cita mendatang
Zuhud jua ku junjung demi taqwa
Zikir jua ku alunkan demi iman....
Berkali aku rebah dalam sebuah harapan
Munajat jua ku jadikan teman
Sujud jua ku jadikan pembaringanDalam sendu aku himpun kekuatan....
Tersedar aku dari lamunan
Kosong bagai terdampar ke suatu dimensi
Mencari sinar dalam kegelapan
Walau pernah sekali aku merasakannya....
Ia lenyap dalam hanyut nafsu
Merajuk kerana jumud akal
Derita kerana tiada sedar....
Wanhidayat, Miri
27 Jun 2007
1 comment:
biar berjuta kali rebah sekalipun, tapi jangan lupa untuk terus cuba bangun.
berdiri kawan. biar dunia tahu kamu mampu!
Post a Comment