CAKNAKAN HIDUP

Puisi-puisi di dalam 'Caknakan Hidup' ini adalah hak milik peribadi penulis. Sebarang pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cetakan kembali hanya boleh dilakukan atas keizinan penulis. Semoga hak-hak ini dihormati bersama

Saturday, June 6, 2009

Merawat Sebuah Rasa


Dalam pada ini.....
Dia terasa rasa yang semakin menjauh
Lalu bertanya kenapa dan mengapa
Berpeluh menanti jawaban yang tidak akan diluah
dan terus bertanya
Walau dia tahu ia masih serupa dan sama.....


Dalam pada ini.....
Dia melihat dalam tangga kasih
Di mana kedudukan diri.....dalam zahir atau belas
Tidak dia biarkan hidup dalam ihsan cinta
Kerana dia tidak mahu dibelas
Hanya mencari nilai ikhlas.....


Dalam pada ini.....
Dia diuji oleh derita jasad
Tidak dipeduli kerana jiwa termenung
Membeza lisan si lidah
Itu juga janji dan dibiar ia beringat
Selagi bertaut.....


Dalam pada ini.....
Tidak dia kenal erti penat oleh yang berkata
Jangan dikata kalau tidak dikota
Jasad dipujuk roh untuk sama berduka
Mengah juga menahan hilang rasa.....


Dalam pada ini...
Dia melihat suatu sandiwara
Tali ditarik dan menarik
Ludah keluar terus dijilat
Hidup tidak berprinsip
Lalu perut turut ketawa.....


Dalam pada ini...
Dia perlu pasrah dan redha
Dia perlu tabah dan kuat
Jangan ia berubah
Jangan rasa itu pergi
Jangan diri penat
Jangan dia terluka


Dalam pada ini...
Dia biar mata terus melihat
Dia biar telinga terus mendengar
Dia biar bibir terus berjanji dan berkata
Dia biar diri menjadi hamba diri
Kerana dia dalam bahagia.....


Dalam pada ini...
Dia memohon keredhaan Illahi
Dia bermunajat sendiri
Atas tingkah dan pekerti
Mengharap sebuah kehidupan yang dirahmati.....

Wanhidayat, Miri
3 Mac 2008

3 comments:

Sitie BUm BUm said...

mendalam..

zafi said...

Dia itu kuat semangat
Dia itu perlu bertekad
smoha tuhan merahmati dan perkenan segala hajat!
Amin..
Very nice poem!

baincardin said...

2nd blog utk poem. bagus banget deh! :) Sekarang mmg tgh kuat semangat utk exam terakhir! lepas ni...MERDEKA!!!! ^_^'