Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....
Aku zahirkan jejantas yang aku perlu lalui setiap kali pergi dan pulang ke pejabat. Menyeberangi jalan utama 6 lorong King Abdul Aziz Street di Al-Khobar, KSA. Terimalah....
Titi itu adalah jejantas
Rutin diri tujuannya merentas
Biarlah apa di bawah, kami akur di atas
Peluh dingin yang menjadi alas
Sudah titi isbat kami
Jangan tunduk iradah diri
Hidup bukan teka teki, bukan mimpi
Sampai masa kembali yang hakiki
Titi itu bayu
Bukan wahyu hampir semua terseru
Aku rasa seperti rasanya kamu
Ilham mimpi kita berburu
Titi itu cahaya
Panas yang sama kita rasa
Moga lamalah bahagia
Selagi ada payung usaha
selagi ada selimut doa....
Wanpetunjuk
27 Desember 2011
Al-Khobar, KSA (1840hrs waktu Malaysia)
5 comments:
jgn sesekali lupakan Allah swt..
kerana kuasa Allah swt itu melebihi segala2nya...
-NoRiSh-
p/s: suara hati yg begitu jujur dik! tahniah!
Luas makna 'titi' tu.
salam..
puisi yg indah...hebat.
confuse kejap. 28 December 2012? really? wanpetunjuk pastinya mepunyai titi ke masa depan, pinjam barang sebentar. Mahu kebelakang membetulkan kekhilafan :)
Norish: InsyaAllah...saling ingat mengingati...
Baincardin: Boleh jadi apa sahaja...
Sekamar Rindu: Wa'alaikummussalam...terima kasih
Adaberada: 27 Desember 2011, tidak tahulah mcm mana boleh salah. Ghairah menaip...terima kasih kerana membetulkannya...sy akan ubah segera...
Post a Comment