CAKNAKAN HIDUP

Puisi-puisi di dalam 'Caknakan Hidup' ini adalah hak milik peribadi penulis. Sebarang pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cetakan kembali hanya boleh dilakukan atas keizinan penulis. Semoga hak-hak ini dihormati bersama

Thursday, June 25, 2009

Segalanya Hidup


Bayu itu terus bertiup
Dalam hadangan awan tebal
Mentari terus terik
Walau hujan belalu izin

Langit dan bumi jaraknya tidak terhitung
Tidak tercapai oleh jemari
Tetapi terpijak oleh kaki
Bukan hina sekadar menurut fitrah

Dada laut tenang tidak berombak
Dasarnya kencang
Wujud pertembungan
Itulah ukhwah dan ta'aruf

Sesekali jiwa benar aman
Akal benar kosong
Sekadar lirik mata yang memerhati
Di setiap penjuru kehidupan

Terasa dimensi ini bukan seperti lalu
Apakah ini petanda?
Atau amaran seketika
Betapa aku hanya manusia.....

Wan Mohd Hidayat
25 Jun 2009, Miri, Sarawak

7 comments:

wahyudi my said...

Selamat menunaikan ibadah puisi.

baincardin said...

Segalanya hidup. Bagus puisi ni. adakah hidup ini memiliki segalanya? :)

Otit said...

and you have your own puisi too.hebat!

AiE bAhRi said...

Salam ziarah dan salam Ramadhan..

Mak Su said...

Wan,
salam ziarah, selamat tahun baru

Razif Mokji said...

terbaik

Realname Hidden said...

gambar banner tu cik ambil sendiri ke? Seriusly cantik..
Salam sua kenal hidden follow sini..:)