CAKNAKAN HIDUP

Puisi-puisi di dalam 'Caknakan Hidup' ini adalah hak milik peribadi penulis. Sebarang pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cetakan kembali hanya boleh dilakukan atas keizinan penulis. Semoga hak-hak ini dihormati bersama

Saturday, June 6, 2009

Tentang Dia


Berlagak menari di taman astakona
Riangnya seolah tiada sengsara
Berikrar di sebuah permulaan
Jauh mengharap bahagia itu sampai bila-bila


Berikrar agar ia kekal lama
Meraih perhati dan senda
Dia masih tersenyum
Kerana hilang sudah duka


Dipegang terus kotak kata
Tidak akan ada siapa yang berjaya
meracun tetapi terus membaja
Biar yang tahu itulah sebenarnya dia


Biarkan dia ketawa
Agar bisa terlupa lara
Biar dia bermanja
Agar lega seluruh jasadnya.....

Wanhidayat, Miri
8 Januari 2008

1 comment:

addyaholix said...

aku selalu harap "dia" itu kamu dayat.
dan moga "dia" selalu ada dalam kamu!